HALAMAN TAJUK

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN

DEMOKRASI BERPARLIMEN
Negara kita telah mengamalkan sistem pemerintahan secara Demokrasi Berparlimen sejak Tanah Melayu dalam usaha kepada gagasan kemerdekaan lagi. Secara ringkasnya, sistem demokrasi berparlimen boleh ditakrifkan sebagai pemerintahan daripada rakyat kepada rakyat. Maksudnya di sini ialah sistem demokrasi mengamalkan kaedah pemerintah yang dipilih sendiri oleh rakyat dan seterusnya pemerintah itu akan menyumbang kebajikan kepada rakyatnya secara adil. Di Malaysia, proses pemilihan pemerintah ini ditentukan melalui pilihan raya. Terdapat tiga jenis pilihan raya di Malaysia iaitu Pilihan raya Umum, Pilihan raya Negeri dan Pilihanraya Kecil. Sebelum melalui proses pilihan raya, parti – parti yang bertanding akan bersaing dalam kempen-kempen untuk memenangi hati rakyat dalam tempoh tertentu. Setelah itu, proses pengundian akan dijalankan pada tarikh yang telah ditetapkan. Pada hari pengundian, semua rakyat Malaysia yang telah mendaftar dan cukup syarat akan pergi mengundi memilih pemimpin yang baru untuk memerintah Negara. Antara syaratnya ialah calon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang 21 tahun pada hari penamaan calon. Walaubagaimanapun, seseorang calon boleh hilang kelayakan untuk mengundi kerana didapati tidak siuman atau seseorang yang memegang jawatan berkepentingan ‘office of profit’ atau telah didapati bersalah oleh mahkamah Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari satu tahun atau denda tidak kurang dari RM2000 dan belum mendapat keampunan ataupun seseorang itu mempunyai dua kewarganegaraan(mempunyai kewarganegaraan Negara lain selain Malaysia). Selepas proses pengundian berlalu, proses pengiraan undi akan dijalankan. Dalam masa terdekat, keputusan pilihan raya itu akan di umumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia(SPRM). Parti-parti yang kalah terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuat dan tidak dibenarkan membuat bantahan kecuali terdapat isu berbangkit yang mencemari pilihan raya tersebut contohnya seperti rasuah. Secara implikasinya,terdapat beberapa kebaikan dan keburukan kepada Malaysia yang telah lama mengamalkan sistem pemerintahan ini.
Terdapat beberapa kebaikan kepada Malaysia yang telah lama mengamalkan sistem tersebut. Antaranya ialah terdapat pendapat yang mengatakan bahawa sistem demokrasi ini prihatin atau peka terhadap kepentingan rakyat. Tidak seperti corak pemerintahan seperti monarki, diktaktor dan autokrasi yang memberi keutamaan kepada golongan minority yang memegang kuasa memerintah ataupun golongan bangsawan. Demokrasi tidak mengambil kira kepentingan golongan tertentu kerana sistem ini menganggap semua lapisan masyarakat adalah sama dan layanan yang sama harus diberikan. Sebagai contoh rakyat biasa digalakkan untuk terlibat sama dalam menentukan dasar atau polisi kerajaan dengan mengemukakan beberapa cadangan, bahkan juga rakyat berhak untuk membantah segala cadangan kerajaan sekiranya kerajaan yang sedang memrintah tidak dapat memenuhi kehendak rakyat atau menyeleweng daripada dasar yang telah dipersetujui. Demokrasi diasaskan atas prinsip kesamaan. Dari aspek hak, setiap rakyat di anggap mempunyai hak yang sama serta berhak untuk menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang sama. Oleh itu, Negara yang mengamalkan demokrasi perlu membantu rakyat yang masih mundur untuk merapatkan jurang perbezaan taraf masyarakat contohnya seperti bidang pendidikan dan ekonomi. Demokrasi menggalakkan pembangunan diri rakyat. Tingkah laku individu bukan sahaja boleh mempengaruhi bentuk kerajaan malahan juga pemerintahan rakyat dianggap lebih baik dalam membangunkan sifat – sifat yang dikehendaki. Demokrasi bertindak ke atas individu supaya menjadikan mereka berfikiran bermasyarakat dan berinisiatif untuk menyelesaikan masalah rakyat serta menjadikan rakyat yang aktif menjadi pasif. Pendapat yang mengatakan bahawa golongan elit bersikap lebih rasional daripada kebanyakan manusia lain yang telah ditolak berasaskan sejarah, ini kerana fikiran yang waras menentukan sikap seseorang sedangkan bijak pandai lebih bertindak tidak rasional. Seterusnya, demokrasi juga mengglakkan semangat bekerjasama yang merupakan salah satu cara terbaik untuk menyatupadukan rakyat melalui demokrasi dengan menghubungkaitkan seseorang individu dengan kumpulan tujuan sosial.

Secara fitrahnya, tidak semua perkara mempunyai kelebihan ataupun kebaikan sahaja. Demokrasi berparlimen juga mempunyai beberapa kekurangan. Antaranya ialah sistem demokrasi menggalakan dua aliran atau fikiran yang mempunyai fikiran yang berbeza. Jika sebuah parti itu mempunyai ahli yang tetap dengan pendiriannya dan tidak bertolak ansur dengan orang lain, ini akan membawa kepada perpecahan kepada parti itu. Kesannya, para pengikut tegar individu tersebut pun akan berbalah dengan pengikut yang lain sehinggakan berlaku perpecahan dalam masyarakat. Selain itu, demokrasi menyumbang kepada perebutan kuasa antara kumpulan atau parti politik. Akibatnya, hal ini akan menimbulkan konflik serta perpecahan rakyat kerana demokrasi memberikan kebebasan politik. Terdapat juga masalah dalam kalangan pemimpin yang dipilih oleh rakyat tidak peka menyelesaikan masalah yang timbul dan tidak mementikan kebajikan rakyat kerana mementingkan kariernya.

RAJA BERPERLEMBAGAAN   
Satu ciri unik dalam pemerintahan Malaysia ialah institusi Raja Berperlembagaan yang bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri.  Semasa menjalankan tugasnya, baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu Yang memerlukan budi bicara baginda untuk membuat keputusan. Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu daripada sembilan buah Negeri Melayu secara bergilirgilir. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.Yang di- Pertuan Agong Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957. 
Tonggak negara dan Ketua Utama Negara.Merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di negara ini. Sistem ini malah membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita di samping memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat serta rakyat yang dinaungi oleh raja. Konsep berperlembagaan pula berperanan mengehadkan kebebasan sultan daripada menyalahgunakan kuasa mereka. Hal ini bermaksud sultan tidak lepas dari tindakan undang-undang sekiranya mereka melakukan sebarang kesalahan.
Kelemahan sistem ini pula ialah pemilihan untuk menjadi sultan bukan berdasarkan kelayakan atau kemampuan tetapi hanya berdasarkan keturunan. Jika kuasa pemerintahan itu jatuh ke tangan sultan yang mementingkan kuasa ataupun seorang yang suka berfoya-foya, pemerintahan Negara tidak akan dapat di uruskan dengan baik. Seterusnya, kebanyakan sultan yang di lantik adalah seorang yang telah berumur. Sebaik-baiknya ketua seseuah Negara itu hendaklah seorang yang aktif dari segi fizikal dan mentalnya. Ini secara tidak langsungnya akan menampakkan semangat Negara Malaysia selain meningkat semangat rakyat Malaysia oleh ketuanya yang amat proaktif,penuh semangat dan berkeyakinan tinggi.   

9 comments:

  1. Copy dr buku Kuning Pengajian Malaysia ke nih ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, kebanyakan sumber rujukan dari buku Pengajian Malaysia tu.. Ada beberapa pendapat dan kemahiran berfikir yang kami olah melalui interprestasi kami sendiri yang merangkumi tajuk kemahiran berfikir aras tinggi dan sederhana, untuk beberapa persoalan bukan fakta dan sejarah dalam beberapa tajuk.

      Untuk sejarah dan fakta semua diambil dari beberapa buku termasuklah buku Pengajian Malaysia yang warna kuning tu..

      Maaf kami bukan ahli sejarah atau student PHD yang buat tesis sendiri.. Semua perlu diambil faktanya dari buku..

      Gunakanlah ilmu itu sebaiknya..😉

      Delete
  2. Panjang sangat, buat dalam point boleh tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn,....susah la..pening bace banyak2

      Delete
    2. nama pon sejarah kena lah baca banyak2

      Delete
  3. sekarang tahun 2021 tapi masih banyak saya tk tahu...boleh tak buat dlm bentuk point?

    ReplyDelete
  4. Kalau dalam bentuk point lagi mudah (: no haters

    ReplyDelete
  5. good information..sebelum ni saya keliru antara raja perlembagaan dengan demokrasi berparlimen..tapi sekarang dah tahu.. thnkss -spm2021🌹-

    ReplyDelete