HALAMAN TAJUK

UTAMA

TAJUK    : 1.0 SEJARAH DAN POLITIK


RAJA BERPERLEMBAGAAN DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN:

 SATU KAJIAN PERBANDINGAN




PROGRAM   : PENGAJIAN MALAYSIA (DUB1012)

JABATAN     : JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

NAMA PENSYARAH

:PUAN AZLINA BINTI MUHAMMUD


Ahli-ahli kumpulan



Ketua Kumpulan

Nama         :Muhamad Azmil Bin Majuhi

No Matriks : 08DKA14F1105


Nama         :Iskandar Zulkarnain Bin Adamulhasza

No Matriks : 08DKA14F1129



Nama         :Abg. Mohd Arash Bin Abang Hadee

No Matriks : 08DKA14F1057



Nama         : Muhammad Fadhli Mustaqim Bin Mazlan

No Matriks : 08DKA14F1049




PENGENALAN DEMOKRASI BERPARLIMEN

             Demokrasi ialah rakyat berhak menentukan undang-undang dan struktur kerajaan yang dibentuk oleh kerajaan.Dalam sistem demokrasi,terdapat dua kaedah iaitu ditentukan oleh rakyat atau melalui perwakilan iaitu wakil yang dipilih oleh rakyat untuk bersuara di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.Negara yang mengamalkan demokrasi dipanggil negara atau kerajaan yang demokratik.Ringkasnya, sebuah negara yang melaksanakan sistem demokrasi adalah negara yang memperjuangkan kedaulatan rakyat.Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen diaplikasikan.

                Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini.Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan,Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.

         Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan.Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis,Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor , Negeri Sembilan , Melaka, Johor ,Pahang, Terengganu,Kelantan Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan negara Malaysia.

     Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing,seperti kewangan,pertahanan,pelajaran,luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat.Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia


      Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja.Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara ada istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing.Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang,Sabah ,Sarawak,dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

          Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara.Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri.Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.


PENGENALAN RAJA BERPELEMBAGAAN

          Semenjak dari era Kesultanan Melaka, Raja merupakan tonggak pemerintahan dan lambang kedaulatan negeri.Sebelum Raja Perlembagaan digunakan raja-raja Melayu memerintah di bawah sistem ‘monarki mutlak’.Sistem Raja Perlembagaan digunakan pada tahun 1957 secara rasmi apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.Ia juga amat sesuai dengan peredaran zaman dan pembangunan politik dunia,negara ini masih mengekalkan insitusi beraja namun dengan sistem Raja Berperlembagaan.

Istana Negara


        Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara. Perlembagaan sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk bertulis dan jugan tidak bertulis.Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis.Contoh perlembagaan tidak bertulis ialah perlembagaan United Kingdom.Perlembagaan menjadi asaspenting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik.Ia menjamin pentadbiran yang cekap , jujur, ikhlas,telus dan adil seta menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara.


         Maksud Raja Berperlembagaan adalah satu sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.Yang di-Pertuan Agong bertundak berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan juga nasihat Perdana Menteri.Apabila baginda ingin melakukan tanggungjawabnya,baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan pertimbangan atau budi bicara baginda dalam membuat keputusan.

KEUNIKAN MALAYSIA MENGAMALKAN SISTEM DAN SEJARAH AWALNYA

        Keunikan Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berperlimen dan raja berpelembagaan akan akan dikupas melalui beberapa aspek iaitu sejarah awal, pengenalan sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan,  sistem yang diamalkan di Malaysia dan Kebaikan serta keburukan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
Sejarah awal Malaysia bermula dengan kewujudan manusia awal berusia 40,000 tahun yang ditemui di Kompleks Gua Mulu dan kompleks gua niah, Sarawak.  Secara dasarnya sejarah negara ini telah melalui empat zaman utama sejarah manusia iaitu Prasejarah, Proto Sejarah, Zaman Pertengahan dan Zaman Kolonial.
Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan mereka melalui pelabuhan di Selat Melaka.  Penemuan beberapa tapak arkeologi  Zaman Proto Sejarah membuktikan wujud petempatan pesisiran pantai seawal abad ke-2 Masihi lagi. Ia membawa kepada kemunculan kerajaan awal sebelum abad ke-10 adalah merupakan penemepatan pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Ini  termasuk  Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, dan Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis pada tahun 1511 diikuti oleh Belanda dan Britain untuk mewujudkan penempatan atau koloni di Selat Melaka.
Manakala di Borneo pula, kewujudan kerajaan purba Marudu sebelum abad ke-13 Masihi membuktikan telah wujud entiti politik yang mendahului kewujudan Kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu. Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau Balambangan pada tahun 1769 hasil dari perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Manakala penempatan Selat Koloni DiRaja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.  Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah masalah penduduk Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri negeri Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu ialah Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu  berada di bawah kuasa Thai.
Di Borneo pula, Borneo Utara yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu telah berada dibawah pajakan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada tahun 1881 sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja British. Manakala Sarawak menjadi milik keluarga  Brooke sebelumnya.
Akibat penaklukan  Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, kesedaran untuk merdeka semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatiri oleh British khususnya dalam menjaga kepentingannya dan masyarakat imigran.  Justeru British mewujudkan Malayan Union, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-Melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk semenanjung diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa Singapura.

Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak.  Bagi mengekalkan sistem Beraja yang telah diamalkan dari zaman Kesultanan Melayu Melaka,  Sistem Raja Berperlembagaan telah digunakan dan untuk menunjukkan bahawa Malaysia sebuah negara dimana rakyatnya melibatkan diri dalam sistem pemerintahan,  sistem Demokrasi Berparlimen diamalkan sehingga kini.

Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Umumnya terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik.  Dan hasilnya  Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 walaupun berdepan dengan pelbagai rintangan pada mulanya.  Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.  Sistem Raja Berperlembagaan, merupakan pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri yang dibantu oleh Perdana Menteri.  Sementara sistem Republik menolak institusi beraja. Kerajaan ini diketuai oleh presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya seperti yang diamalkan di Indonesia.

SISTEM YANG DI AMALKAN DI MALAYSIA

                      Malaysia terdiri dari perlbagai kaum yang menjerumus kepada pelbagai lapisan masyarakat yang majmuk. Pelbagai corak budaya dan adat yang perlu dikekalkan sekaligus menjaga perhubungan sosial antara kaum dan agama. Sistem pemerintahan di Malaysia amatlah di pandang tinggi oleh negara luar melalui hububungan diplomasi antarabangsa. Demokrasi berparlimen dan Raja berpelambagaan merupakan dua struktur besar yang sukar disatukan menjadi sebuah pungurusan dan kata putus yang sama. Malaysia mempunya sistem beraja berbeza dari negara-negara yang lain adakala yang memiliki raya dan tidak mengamalkan demokrasi. Sesuai dengan hak bersuara rakyat, Kerajaan Malaysia diberikan mandat untuk melaksanakan dua-dua struktur besar berdasarkan Sejarah-sejarah yang ditempuhi tanah melayu sekaligus kemerdekaan Malaysia. Rakyat diberikan kuasa autoriti besar untuk berdiri di dalam sistem berparlimen dan stuktur Raja berpelembagaan diselitkan menjadi satu norma atau tanda ketua negara Malaysia yang merupakan Agama rasmi agama Islam.

                    Dua struktur besar ini mempengaruhi sistem pemerintahan di Malaysia sekaligus menjaga sistem pemerintahan untuk mengawal segala pengurusan sesebuah negara. Kata putus dan struktur yang teratas ialah Raja berpelembagaaan, Agung diberikan daulat oleh rakyat melalui sistem giliran atara raja-raja setiap negeri untuk menjadi Ketua negara sekaligus menjadi struktur yang teratas dalam pemerintahan negara kita. disusuli dengan sistem demokrasi berparlimen yang umumnya ketuanya adalah Perdana Menteri, sistem ini dilaksanakan melalui pilihan raya di mana rakyat yang berkuasa menentukan pemimpin mereka. Semua rakyat diberikan hak untuk memilih pemimpin yang berkaliber, berintegriti dan berwawasan tinggi sekaligus dapat memimpin sesebuah negara. Bermulanya dari umur 21 sesiapa sahaja yang merupakan warganera Malaysia mempunyai hak untuk mengudi pemimpin pilihan mereka sekaligus boleh menjadi ahli politik yang bebas bersuara mengikut akta-akta yang ditetapkan.

Bendera Raja Berpelembagaan


          Raja merupakan satu lambang kebesaran negara kita untuk menandakan sebuah negara yang berdaulat sekaligus untuk dihormati dan disegani oleh rantau-rantau pelusok dunia. Tidak semua negeri-negeri di Malaysia yang mempunyai raja kerana mengikut salah-silah sejarah dan keturunan mereka. Mereka dipersstujui melalui sistem bergilir menjadi agung yakni ketua negara Malaysia, penggiliran akan mengambil masa selama lima tahun dan seterusnya ditukar kepada raja negeri lain, dan diteruskan pada lima tahun akan datang.

            Konteksnya di sini bahawa, Malaysia mengamalkan kedua-dua struktur besar ini untuk menjamin sebuah negara yang harmoni melalui sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan sekaligus membentuk sebuah pentadbiran yang efisyen untuk mentadbir rakyat yang berbilang kaum. Sistem demokrasi berparlimen dilaksanakan atas tuntutan setelah merdeka lagi, sistem ini mempunyai Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) dan wakil rakyat yang dipilih mengikut undian majoriti sesebuah kawasan. Sebuah pilihan raya yang adil lagi saksama dilaksanakan untuk memilih pemimpin mereka untuk membahas, berbincang atau bersuara menegakkan kedailan dan cadangan di dewan Rakyat atau dewan perlimen. Dewan perlimen ini diketuai oleh Tuan Speker yang menjadi pengerusi sekaligus menjadi ketua perbahasan antara wakil rakyat untuk rakyat mereka. Setiap wakil rakyat perlu menjadi ahli sesbuah parti untuk bertanding sama ada parti bebas atau parti yang mempunyai nama. Jika majoriti ahli parti tersebut telah menang majoriti melalui pilihanraya, mereka diberikan hak untuk bekuasa menjadi pemerintah atau kerajaan. Apabila menjadi sebuah kerajaan, dewan negara dibentuk dengan melantik  perdana menteri, menteri sekaligus menjadi ketua-ketua kementerian untuk menguruskan Malaysia. Mereka diberikan kuasa autoriti untuk memegang kuasa bagi menguruskan kewangan, pendidikan, hubungan diplomatik antara negara dan sudah menjadi tanggunjwab sesebuah kerajaan untuk memudahkan hidup rakyat dengan pelbagai kemudahan dan inisietif untuk kesenangan rakyat sejagat.

Dewan Rakyat


                 Jelaslah disini bahawa, Malaysia mengamalkan dua struktur sistem yang besar untuk menjamin kemanan,kesenangan dan keharmonian pasca kemerdekaan sekaligus menguruskan sebuah pusat pentadbiran politik yang berkesan menguruskan sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Rakyat merupakan suara yang perlu didengar dan mereka diberikan amanat untuk melaksanakannya dengan kaedah dan cara keberkesanan yang terbaik. Umunya, sesebuah sistem yang baik akan menjadi baik apabila perlaku ahli yang melaksanakan sistem itu baik. Sesebuah sistem yang baik akan hancur dan roboh jika perilaku ahli tugas yang melaksanakan sistem itu  tidak amanah dan cenderung melakukan perkara yang negatif. Sistem demokrasi merupakan sebuah sistem yang adil dan perlu ditekankan untuk telus serta menjadi satu elemen atau mejadi musabab utama negara luar menghormati negara kita melalui sistem yang telus dan cekap.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN

DEMOKRASI BERPARLIMEN
Negara kita telah mengamalkan sistem pemerintahan secara Demokrasi Berparlimen sejak Tanah Melayu dalam usaha kepada gagasan kemerdekaan lagi. Secara ringkasnya, sistem demokrasi berparlimen boleh ditakrifkan sebagai pemerintahan daripada rakyat kepada rakyat. Maksudnya di sini ialah sistem demokrasi mengamalkan kaedah pemerintah yang dipilih sendiri oleh rakyat dan seterusnya pemerintah itu akan menyumbang kebajikan kepada rakyatnya secara adil. Di Malaysia, proses pemilihan pemerintah ini ditentukan melalui pilihan raya. Terdapat tiga jenis pilihan raya di Malaysia iaitu Pilihan raya Umum, Pilihan raya Negeri dan Pilihanraya Kecil. Sebelum melalui proses pilihan raya, parti – parti yang bertanding akan bersaing dalam kempen-kempen untuk memenangi hati rakyat dalam tempoh tertentu. Setelah itu, proses pengundian akan dijalankan pada tarikh yang telah ditetapkan. Pada hari pengundian, semua rakyat Malaysia yang telah mendaftar dan cukup syarat akan pergi mengundi memilih pemimpin yang baru untuk memerintah Negara. Antara syaratnya ialah calon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang 21 tahun pada hari penamaan calon. Walaubagaimanapun, seseorang calon boleh hilang kelayakan untuk mengundi kerana didapati tidak siuman atau seseorang yang memegang jawatan berkepentingan ‘office of profit’ atau telah didapati bersalah oleh mahkamah Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari satu tahun atau denda tidak kurang dari RM2000 dan belum mendapat keampunan ataupun seseorang itu mempunyai dua kewarganegaraan(mempunyai kewarganegaraan Negara lain selain Malaysia). Selepas proses pengundian berlalu, proses pengiraan undi akan dijalankan. Dalam masa terdekat, keputusan pilihan raya itu akan di umumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia(SPRM). Parti-parti yang kalah terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuat dan tidak dibenarkan membuat bantahan kecuali terdapat isu berbangkit yang mencemari pilihan raya tersebut contohnya seperti rasuah. Secara implikasinya,terdapat beberapa kebaikan dan keburukan kepada Malaysia yang telah lama mengamalkan sistem pemerintahan ini.
Terdapat beberapa kebaikan kepada Malaysia yang telah lama mengamalkan sistem tersebut. Antaranya ialah terdapat pendapat yang mengatakan bahawa sistem demokrasi ini prihatin atau peka terhadap kepentingan rakyat. Tidak seperti corak pemerintahan seperti monarki, diktaktor dan autokrasi yang memberi keutamaan kepada golongan minority yang memegang kuasa memerintah ataupun golongan bangsawan. Demokrasi tidak mengambil kira kepentingan golongan tertentu kerana sistem ini menganggap semua lapisan masyarakat adalah sama dan layanan yang sama harus diberikan. Sebagai contoh rakyat biasa digalakkan untuk terlibat sama dalam menentukan dasar atau polisi kerajaan dengan mengemukakan beberapa cadangan, bahkan juga rakyat berhak untuk membantah segala cadangan kerajaan sekiranya kerajaan yang sedang memrintah tidak dapat memenuhi kehendak rakyat atau menyeleweng daripada dasar yang telah dipersetujui. Demokrasi diasaskan atas prinsip kesamaan. Dari aspek hak, setiap rakyat di anggap mempunyai hak yang sama serta berhak untuk menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang sama. Oleh itu, Negara yang mengamalkan demokrasi perlu membantu rakyat yang masih mundur untuk merapatkan jurang perbezaan taraf masyarakat contohnya seperti bidang pendidikan dan ekonomi. Demokrasi menggalakkan pembangunan diri rakyat. Tingkah laku individu bukan sahaja boleh mempengaruhi bentuk kerajaan malahan juga pemerintahan rakyat dianggap lebih baik dalam membangunkan sifat – sifat yang dikehendaki. Demokrasi bertindak ke atas individu supaya menjadikan mereka berfikiran bermasyarakat dan berinisiatif untuk menyelesaikan masalah rakyat serta menjadikan rakyat yang aktif menjadi pasif. Pendapat yang mengatakan bahawa golongan elit bersikap lebih rasional daripada kebanyakan manusia lain yang telah ditolak berasaskan sejarah, ini kerana fikiran yang waras menentukan sikap seseorang sedangkan bijak pandai lebih bertindak tidak rasional. Seterusnya, demokrasi juga mengglakkan semangat bekerjasama yang merupakan salah satu cara terbaik untuk menyatupadukan rakyat melalui demokrasi dengan menghubungkaitkan seseorang individu dengan kumpulan tujuan sosial.

Secara fitrahnya, tidak semua perkara mempunyai kelebihan ataupun kebaikan sahaja. Demokrasi berparlimen juga mempunyai beberapa kekurangan. Antaranya ialah sistem demokrasi menggalakan dua aliran atau fikiran yang mempunyai fikiran yang berbeza. Jika sebuah parti itu mempunyai ahli yang tetap dengan pendiriannya dan tidak bertolak ansur dengan orang lain, ini akan membawa kepada perpecahan kepada parti itu. Kesannya, para pengikut tegar individu tersebut pun akan berbalah dengan pengikut yang lain sehinggakan berlaku perpecahan dalam masyarakat. Selain itu, demokrasi menyumbang kepada perebutan kuasa antara kumpulan atau parti politik. Akibatnya, hal ini akan menimbulkan konflik serta perpecahan rakyat kerana demokrasi memberikan kebebasan politik. Terdapat juga masalah dalam kalangan pemimpin yang dipilih oleh rakyat tidak peka menyelesaikan masalah yang timbul dan tidak mementikan kebajikan rakyat kerana mementingkan kariernya.

RAJA BERPERLEMBAGAAN   
Satu ciri unik dalam pemerintahan Malaysia ialah institusi Raja Berperlembagaan yang bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri.  Semasa menjalankan tugasnya, baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu Yang memerlukan budi bicara baginda untuk membuat keputusan. Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu daripada sembilan buah Negeri Melayu secara bergilirgilir. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.Yang di- Pertuan Agong Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957. 
Tonggak negara dan Ketua Utama Negara.Merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di negara ini. Sistem ini malah membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita di samping memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat serta rakyat yang dinaungi oleh raja. Konsep berperlembagaan pula berperanan mengehadkan kebebasan sultan daripada menyalahgunakan kuasa mereka. Hal ini bermaksud sultan tidak lepas dari tindakan undang-undang sekiranya mereka melakukan sebarang kesalahan.
Kelemahan sistem ini pula ialah pemilihan untuk menjadi sultan bukan berdasarkan kelayakan atau kemampuan tetapi hanya berdasarkan keturunan. Jika kuasa pemerintahan itu jatuh ke tangan sultan yang mementingkan kuasa ataupun seorang yang suka berfoya-foya, pemerintahan Negara tidak akan dapat di uruskan dengan baik. Seterusnya, kebanyakan sultan yang di lantik adalah seorang yang telah berumur. Sebaik-baiknya ketua seseuah Negara itu hendaklah seorang yang aktif dari segi fizikal dan mentalnya. Ini secara tidak langsungnya akan menampakkan semangat Negara Malaysia selain meningkat semangat rakyat Malaysia oleh ketuanya yang amat proaktif,penuh semangat dan berkeyakinan tinggi.